HARI RAYA 2011



9 Perkara yang JANGAN dibuat-buat di hari RAYA..

  1. Lambat buat temu janji dengan TUKANG JAHIT, baju raya yang ditempah TAK SEMPAT SIAP sebelum 1 SYAWAL.
  2. Baju raya yang ditempah, siap pada waktunya tapi terbakar ketika menggosok dengan seterika panas sambil menyanyi lagu-lagu raya.
  3. Masih bangun jam 4 pagi untuk bersahur walaupun dalam sejam dua lagi, anda sudah boleh bangun untuk mandi sunat Hari Raya Aidilfitri...
  4. Menangguh-nangguhkan masa membeli TIKET bas atau keretapi sehingga semuanya kehabisan di saat- saat akhi. Pagi raya, hanya anda yang terpinga-pinga ke HULU ke HILIR mencari tiket tambahan.
  5. Tiket bas yang dibeli daripada ULAT TIKET menyebabkan anda terpaksa menaiki bas lompat tanpa alat pedingin udara yang berfungsi dengan baik. Bas pula hanya bertolak pada pagi hari Raya yang menunggu sehingga penuh para penumpangnya!
  6. Bas persiaran yang anda naiki itu, enjin berasap atau tayar pancit. Oleh kerana hanya anda yang tidak berbaju raya, maka andalah calon paling layak menolong PEMANDU BAS memeriksa enjin atau menukar tayar ....
  7. Kepada yang mempunyai kenderaan sendiri lebih bernasib baik. Tapi terlupa pula nak memperbaharui CUKAI JALAN dan LESEN KERETA yang dah tamat tempohnya!
  8. Atau, anda keluarkan duit menyewa kenderaan - bolehlah "menayang" pada orang kampung sekali-sekala... Tapi akibat kecuaian tidak memeriksa kredibiliti syarikat penyewa, keadaan kenderaan yang tidak diservis, diselenggara, anda hampir-hampir menambah statistik kemalangan OPS SIKAP POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) ....
  9. Setiba di kampung, baru teringat baju raya kyang anda beli, kuih-muih yang anda buat sendiri dan pek-pek sampul berisi duit raya untuk IBU, BAPA dan ANAK-ANAK BUAH tertinggal di belakang pintu rumah sewa di ibu kota!

No comments:

Post a Comment